click this cute!

Wednesday, 26 February 2014

Cara membezakan madu asli dengan tiruan

Assalamualaikum..^_^
Honey...


Madu tu sedap kan? Ada orang tak suka sebab manis sangat..Aku pun tak suka makan madu dulu sebab manis sangat sampai mak paksa tau waktu kecil,mak letak atas sudu telan macam tu je...tapi rupa-rupanya ada cara nak makan madu tu dengan betul dan sedap..Banyak je cara nak makan madu nie,tapi ada orang pernah share satu cara yang di katakan paling baik untuk makan madu..Aku pernah share cara makan madu nie sebelum nie kan? kalau belum baca klik sini.

Setahu aku, bila kita makan madu nie ,kalau tiba-tiba dada kita rasa panas..itu adalah disebabkan proses mencuci paru-paru dan bahagian dada la...

Aku pasti ramai yang dah tahu khasiatnya yang banyak gilee!! Kalau tak takkan la tergolong dalam kalangan makanan terbaik di muka bumi ini,dalam Al-quran pun disebut-sebut dan jadi amalan Rasulullah SAW malah baginda promote pulak kat kita...Merawat dan mencegah pelbagai penyakit...Subhanallah!

Tapi madu nie boleh memudaratkan kalau tak asli,tiruan!
Ada yang dicampur dengan gula,ada dicampur dengan gula melaka atau nisan(panggilan Tganu) pastu peniaga menipu pulak tu.

Kadang-kadang terfikir jugak,macam mana kalau orang diabetis atau berpenyakit kronik makan madu tiruan nie,boleh tenat tau!

Kite sakit hati sebab kite pun pernah kena tipu..T_T Kite tahu la madu nie susah nak cari..


Sebab tu adalah bijak untuk menjadi manusia dan pengguna yang bijaksana dengan mengetahui bagaimana nak kenalpasti madu itu betul-betul asli atau tiruan.

1.Madu asli takkan beku. Jadi letak madu dalam peti ais sehari, tengok beku ke tidak. (kalau peniaga cakap jangan letak dalam peti ais tu kita patut ragu-ragu)

2. Madu asli akan terbakar apabila kena api. Cara test, renyukkan surat khabar dan celup dalam madu, pastu bakar bahagian yang ada madu.. Kalau betul madu asli, api akan terus menyala, kalau tak, api akan mati.

3.Madu asli keligatannya sangat tinggi, cuba tuang,kalau madu asli dia takkan putus sepanjang kita tuang,tak putus..Kalau putus-putus tu sah-sah la palsu.

4. Apabila campurkan madu asli dengan telur,telur kuning akan masak dengan sendirinya disebabkan keaktifan enzim-enzimnya.

5. Ada jenis semut makan madu asli, jadi test berdasarkan semut tidak begitu tepat untuk tengok sama ada madu itu dicampur atau tidak, jadi lebih baik gunakan test yang lain.


Jadi test madu anda. kalau kat kampung ada orang jual madu,diorang akan suruh test kat tempat tu jugak sebelum beli sebab orang kampung ramai yang tahu cara test madu nie,ayah kite pun pernah bakar madu dengan surat khabar siap cerita lagi pasal madu asli nie..

Tapi sekarang susah nak dapat yang betul-betul original dan berkualiti,sampai ada yang masuk hutan sendiri.

Macam aku nie memang perlu sangat madu nak rawat resdung. aku jenis tak makan ubat,makan benda-benda semula jadi je,jadi balik kampung hari tu suruh mak carikan,mak cakap sekarang hujan,susah nak dapat,orang yang boleh cari pun sikit sangat...T_

Thank you for selongkar my blog and good day!

Saturday, 22 February 2014

oOH my!

Assalamualaikum.. =)

Ini hilang semangat beberapa hari plus homesick yang amat T_T ,masuk kelas pun rasa tak masuk apa..rasa taknak bercakap dengan manusia pun ada..huhu..sedih sangat..Biasa la,orang bagi cuti sebulan,nak lagi panjang..

Sekarang dah tahun 3 sem kedua..cepatnya masa berlalu..tapi kalau cuti nie tak berlalu,bila nak habis belajar kan...rasa takut yang amat nak mulakan sem nie,banyak benda yang perlu dilakukan dan banyak benda yang susah!!!!
susahnya,macam mana nak lalui sem nie..
im not so confident. 

Kadang-kadang rasa otak nie kosong gilee!
Rasa nak packing baju,balik macam tu je,rasa macam nak give up!
baru awal sem,rasa macam dah tak boleh nak teruskan lagi 3 sem sebelum grad..
Macam mana nak lalui masa depan..T_T

nie jadual sem nie..kenapa kite tak berapa nak suka dengan jadual ini..


oh,benci khamis dan selasa!!!! semua subjek sem nie kritikal!!

Allah..bantulah hambamu ini..

Tetiba keluar rumah,pergi jalan-jalan,pergi MPH..Aku kalau hilang semangat cari kedai buku..walaupun buku dah berlambak kat rumah..i need something newwwww!

Duk Mph pun termenung tengok satu ayat dalam buku tu,tapi termenung ada makna..

Surat Adz-Dzaariyaat ayat 56 bermaksud,
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia
  melainkan supaya mereka menyembah-Ku” 

Tetiba rasa macam sedih sangat..Banyak mana dah aku buat sesuatu perkara kerana Allah?
Dan  kenapa takut sangat dengan masa depan dimana bukan tugas manusia untuk mempertikaikan apa yang bakal berlaku..Tapi tugas seorang manusia adalah untuk berusaha memberikan yang terbaik..dan hasilnya Allah yang tentukan.. =')

Ibadah itu kerana Allah,
Belajar itu menuntut ilmu dan menuntut ilmu kerana Allah..
Dan setiap perkara yang kita buat itu semua perlu ikhlas kerana Allah..

Ayat lain pulak,
"Kalau kehilangan sesuatu kerana Allah,pasti Allah akan menggantikan dengan perkara yang lebih baik"

Terutama kalau ada kematian orang yang kita sayang,kalau kita cuba untuk redha dengan ujian Allah nie..dan banyak lagi kehilangan yang lain,walaupun hilang sebatang pen yang kita sayang..
kena ikhlaskan masa lalu kerana Allah.. dan bangun untuk masa depan..

Dan ada la beberapa ayat lain yang menyentuh kalbu..
Bila fikir-fikir balik,takut memang takut dengan segala perkara in future tapi masa lalu sebelum nie lagi susah,tapi aku dapat lalui dengan baik..Aku lupa yang kemudahan sebelum nie disebabkan,


"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)


Kalau tak kerana kekuatan yang Allah pinjamkan kepada kita,we are nothing,nak bergerak mengensot pun tak boleh..
apa pun kejayaan yang kita dapat dalam pelajaran ke,perniagaan ke,semua dengan kekuatan yang Allah pinjamkan..bukan datang dari kita..MashaAllah..

^_^

Bila kite hilang semangat nie,semua benda tak jalan..orang bagi nasihat pun kite termenung jugak..
sometime i loss with this life..Bila loss,kena selalu usahakan supaya hati nie tak melencong pada perkara-perkara yang tak baik..

dan walau macam mana dan arah mana pun keseronokan yang kita cari,aktiviti apa pun yang kita buat macam ada orang pergi karoeke ke,disko ke,dengarkan lagu ke,luahkan perasaan banyak mana pun kat supaya hati tak sedih,jiwa tak seksa,hilangkan stress..tapi keseronokan itu sementara..

Tak akan ada perasaan tenang yang sebenar-benarnya kecuali apabila kita perbaiki solat,bersujud dan kuatkan doa..di situ ada ketenangan,ketenangan yang buat kita rasa tak ada kebimbangan..

"Ya Allah,semoga engkau sentiasa menjadi kekuatanku dan tujuan hidupku"

oh ye,kakak kite nombor dua nie datang kursus,check out hotel petang hari pertama aku sampai melaka hari tu..so,kite bawa dia pergi jalan-jalan sebelum naik bas balik KT malamnya.. Tapi tempat yang dia nak pergi Kedai Buku,Popular..itulah tempat menarik kat melaka agaknya..=_="
Dia cari novel..kerana dia pencinta novel..novel satu almari dia kumpul kat rumah.obsessss..
Aku pun boleh tumpang sekaki. hehe.. 


Thank you for selongkar my blog and good day!!


Tuesday, 18 February 2014

Bonuslink

Assalamualaikum..

Hello..sape kat sini ada kad bonuslink? yang warna biru tuuu...

kad nie bukan untuk orang isi minyak je ok..

Aku dapat waktu shopping kat Parkson sebelum nie. Tapi tak ingat dah macam aku dapat kelayakan tuuu..hoho.. Tau tak bonuslink card nie best giler..

Rugi la kalau tak manfaatkan..kutip point banyak-banyak waktu isi minyak kat Shell atau shopping kat parkson atau tempat-tempat partners bonuslink yang lain ..pastu tebus sama ada secara online kat website bonuslink  atau on the spot kat partners bonuslink nie.. Partners bonuslink boleh tengok kat website dia jugak,lengkap ok!

Oh ye,kat Fokus Point pun boleh tebus point,mungkin boleh dapat sunglasses atau cermin mata yang stylo gitu?? Tak payah pakai duit,guna point yang terkumpul jeee.huhu.

Kalau nak guna point tu untuk urusan pembayaran ke apa ke yang berkait dengan DIGI pun boleh..

Antara barangan lain yang boleh dapat perkakas rumah,barang elektrik dan sebagainya depend pada kita punya jumlah point la..

Selain tu,banyak la gift yang bonuslink tawarkan..
Semua boleh cek kat website bonuslink 

Macam mana nak cek point?

senang je,boleh cek secara online
tekan Sini, nanti keluar macam nie,


Masukkan member card number yang terdapat kat kad bonuslink kita tu,
pastu masukkan nombor captcha yang panjang dalam kotak.

Pastu tekan submit..terus keluar point korang..

Atau

Member boleh login dekat website bonuslink.
Kalau pertama kali nak login,kena buat no PIN dulu, tekan first time login yang tertera kat bawah tempat login tu,
 (jangan tekan forgot PIN,kau kan tak pernah ada no PIN dia,macam mana kau nak lupa..haha)

pastu ikut arahan,masukkan member card number dan nombor 8 digit kat belakang kad bonuslink..
Then,baru login.

Bila dah login terus dapat tengok point terkumpul.

Dan satu lagi perkara penting buat member bonuslink,POINT BONUSLINK ANDA ADA EXPIRED DATE. Sila check.Sebab tu kena cepat-cepat tebus atau selalu cek. Kalau tak rugi laaaa..nanti hilang camtu je..

Cara cek expired date point bonuslink?
Wajib login dalam website bonuslink,terus tertera expired date tu..ok..

Selamat mencuba..Jangan sia-siakan point itu.haha

Thank you for selongkar my blog and good day!!