click this cute!

Monday 28 September 2015

Tips cari skincare yang sesuai

Assalamualaikum


its 1.45 am! dan ini sangat mengantuk. Balik kerja tadi. penat. :)

Tapi Ini nak share jugak!

Suatu ketika dahulu, kulit muka aku just nice, tak begitu memberi masalah..skincare yang aku guna pun Alhamdulillah cukup berkesan! Tapi bila umur aku naik 20 ke atas...semuanya berubah. Mungkin disebabkan faktor umur, badan kita dah tak sama macam waktu muda-muda dulu...hek eelleeeehhh..baru umur 20-annnggg.. Tapi aku rasa kan, faktor stress putus cinta, kurang senyum dan segalanya mungkin antara tokok tambah dalam hal ini..hahaaaa ayat!

Walau gimanapun, remaja tetap remaja, manusia perlu berubah. Aku percaya la bila umur kita masuk 20-an,  kita berada dalam fasa mencari diri sendiri dan skincare yang betul-betul sesuai untuk diri kita..fasa peralihan. Kalau nak tahu, aku jenis penakut sikit nak cuba sebarangan produk. Kalau aku tengok produk tu, aku kaji dulu, buat research, thesis, report.. Kalau lulus baru guna. kihkihkih..

Dulu aku ada duk usha awek nie, dia pakai foundation brand X nie, uuuiiihhh...cantik jeee.. aku pun beli la, pastu aku guna, cantiknya muka aku lepas tu, gitu benjol merah kat dahi, dah macam india! T_T

Berketul jerawat naik.  Sejak itu, aku tak peduli dah orang pakai apa, cantik ke tak ke, sebab aku mula faham, kulit kita tak sama dengan orang lain, kulit kita ada keistimewaannya sendiri..

Jadi, pilih la dengan bijak. Jangan duk ikut-ikut orang lah!

DONT FOLLOW!
DONT FOLLOW!
DONT FOLLOW!


Waktu aku pilih skincare dulu, aku banyak belajar tau,now aku share dengan korang tips nie ok. Nie bukan tips untuk cantik, pasai aku bukan cantik mana pun.. cuma tips untuk cari skincare yang sesuai dengan muka sendiri! heee

1. Tolong la jangan main pakai je apa-apa produk, test mengkhindir buta. Minimakan penggunaan pelbagai jenis skincare. Kulit boleh rosak tau! bukan sebab produk yang tak bagus tapi sebab kau dah banyak kali bertukar-tukar skincare, so, nanti kulit pun menyampah dengan hang!

2. Setiap kali nak tukar skincare, ambik masa sehari dua tiga untuk kulit rehat daripada apa-apa skincare. Jangan terus pakai, Tau leeeerrr beli produk baru, excited terlebih! Sabo je la! =_='

3. Kenali jenis kulit sendiri. Aku pun tak berapa reti sangat bab nie. Tapi aku tahu bilaaaaaaa... Aku try satu produk nie untuk muka kering kot sebab aku ingat muka aku jenis kering, dah muka aku dengan ikan kering macam dua kali lima.. gitu! Produk untuk muka kering nie lebih kepada melembabkan dan tambah minyak kat muka, kalau tak silap la.. Tu yang lepas 2 hari guna pencuci muka dia, MashaAllah, merah bintik-bintik, naik jerawat.. Lepas tu aku guna produk yang sama tapi untuk oily skin punya baru ok.. Tu la indicator yang buat aku pasti aku nie jenis muka berminyak, sensitif dan teruk bebenorrr la! Produk nie guna tak lama sebab lepas tu jumpa produk lagi best!

4. Sebelum beli apa-apa produk, pergi usha dulu produk tu. bukan usha awek cantik. hehe. INGATLAH! kau pakai produk KAK TON pun muka kau takkan berubah jadi muka KAKTON. haha..jangan berangan! Muka kita muka kita lah! Allah ciptakan kita dengan muka macam nie pasti yang terbaik. Kau jaga kulit wajah untuk bersyukur bukan untuk riak takbur!

Tambah ilmu pasal produk yang berkenan di hati!
Ilmu apa?
Ilmu dunia semua nie!
a) Kandungan produk,base dia daripada apa? Tau tak? Kalau aku, memang aku prefer yang semula jadi. Pastikan takde bahan kimia, bahaya, dia serap dalam kulit kau, cari penyakit kau! kalau confuse ada ke tak. Tolak tepi jatuh gaung terus!

b) Bagaimana tindak balas lepas pakai dan masa tindak balas. Perlahan ke, menyakitkan ke, jadi zombi sehari dua atau memang smooth and steady? Pantang larang?

c) Kalau produk baru keluar, jadi la testimoni dia tapi dengan ilmu a dan b di atas..ada berannnn???
Kalau produk lama, kelebihannya pegi la usha pengalaman orang yang dah pernah pakai banyak-banyak!!! Lepas dah yakin baru beli. 

JANGAN MALAS ye!. =)

 

5. Beli test pack atau beli satu demi satu untuk elakkan pembaziran. Kau beli tu belum tentu sesuai, sama ada kau pakai atau kau buang! kalau buang? Kau buang duit tau! Kalau beli satu demi satu, apakata cuba pencuci muka dulu, pastu kalau ok baru la beli benda lain macam toner dan krim. Step by step.

6. Kalau kau pakai produk baru tengok takde kesan negatif dalam masa beberapa hari, teruskan pakai walaupun tak nampak kesan positif lagi. Kau kan baru pakai, nak terus nampak muka macam Taylor Swift gitu, plezzzz la! Sabar..relax-relax lu..pakai sebulan dulu..

7. Kalau muka kau jadi teruk sangat-sangat lepas pakai. STOP. Tapi ingat, ada produk yang mula-mula kita pakai muka tetiba naik jerawat banyak-banyak, pastu seminggu dua, muka jadi makin baik..cuma nak sesuaikan dengan kulit muka dan bertindak balas pasal muka kau kotor gilerrrr, kasi la peluang dia nak bersihkan..! TAPI, nak tahu semua nie kau kena la ada ilmu tentang skincare yang kau beli macam tips no 3 tuuu...

8. Tolong la jangan guna orang punya skincare. Yang picit-picit tu ok lagi kau nak try, yang sentuh-sentuh pakai tangan macam krim tu..JANGAN! kita bukan tahu selama orang tu guna tangan dia bersih ke tak ke..
Kalau boleh bedak compact pun jangan share spongebob dia. Sebab kulit lain, kalau kena kulit sensitif ke apa ke tak ke kita susah. Kesian la kat orang tu pun, tengok-tengok bedak dia tercemar pasal kau. Sebab benda tak nampak, kulit lain-lain..Bukan semua benda kita boleh share dalam dunia nie..Bukan nak cakap sape pembersih ke tak, cuma nak cakap kesesuaian kita lain-lain, penjagaan kita lain-lain jugak! chill! =D


OK, takleh fikir dah tips lain. Tapi nie benda penting yang mungkin membantu..

kadang-kadang kalau kita banyak sangat dah try skincare tapi tak menjadi jugak, korang check balik makanan dalaman yang korang ambik..

Tak semestinya korang perlukan supplemen. Kalau suka, boleh la try. Tapi bagi aku, asasnya pemakanan yang kita ambik setiap hari. Cukup tak? Makan sayur tak? Minum air masak banyak tak? Atau korang ada resdung macam aku? elergi dengan apa-apa tak? Minum jus tak? Protein cukup tak? Cara hidup sihat tak?

Tanya diri sendiri ok. Kalau tak, ubah mana yang perlu. Rawat mana yang mampu. Yes. You can do it!


ANDDDDDDDDDD...

This thing should be the first thing that we have to do before having any skincare product, yes! DOA!

Sebelum beli apa-apa produk, 
"Ya Allah, berilah aku produk yang sesuai dengan kulit wajahku, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui tentang ciptaanMU, dan Engkau lebih memahami tentang diriku sedangkan aku tidak tahu,berilah yang terbaik, kasihani hambaMu ini ya Allah!" =)

dengan hati yang ikhlas nak jaga pemberian Allah Taala. Alhamdulillah


JANGAN LUPA TAU!

BOLEH FOLLOW
BOLEH FOLLOW
BOLEH FOLLOW
Hahaha

Anyway, dah tengok cite Hotel Transylvania 2? Best sangat, lagi kelakar daripada yang 1 tau!,
Favourite family kite tau!..Yang 1 hari tu adik aku Wiwi tu dah tengok berpuluh-puluh kali! Aiihh..kalau dia tengok yang kedua nie..dasyat!
Yang kedua nie, Marvis dah kahwin and ada anak! Dennis!
Suka sangat anak dia..comel kan?



Thank you for selongkar my blog and good day!
Nanti kita share produk best yang kita in love sangat! InsyaAllah!

SEnyuM MacAM SAya! =)






2 comments:

  1. Tips paling utama, JANGAN MEMANDAI-MANDAI! hehe

    Jaja pun pernah beli produk yang tak sesuai dulu.. tula tak kaji bebetul sebelum beli, main terjah je. alih alih tak sesuai ngan kulit jadi kulit kering n timbul jerawat pasir lak.. aduyaii

    ReplyDelete
  2. Mesti kena beri kulit rehat sebelum gunakan skincare yang baru, nanti kalau tak sesuai, kita juga terima padahnya.

    ReplyDelete