click this cute!

Wednesday, 3 July 2013

diet cara INI ~part 2~



Seterusnya,

aku psyco myself..tengok makanan,aku kunyah pun, aku fikir..
'sampai bila nak makan nie?'
'penat la,asyik kunyah je,tak de keje lain!'
'dahlah!'
'borink'
tengok makanan je buat muka borink..rasa2 sikit je..jangan nikmati sangat la.
just nikmati setiap suapan,tapi suapan yang seterusnya waktu tengah kenyang tu,stop nikmati.

'tak selesa la perut,aku bukan makan nie,aku sumbat perut nie.penat la asyik penuh je perut!.

maksudnya kat sini, makan waktu betul2 lapar je aku makan.bila dah kenyang atau nak dekat kenyang.stop.cakap kat diri sendiri,aku dah kenyang. kan Rasulullah cakap "makan waktu lapar,berhenti sebelum kenyang.."

Benda nie psyco,jangan over sampai caci makanan,Rasulullah tak suka.
Psyco semua nie bukan hina makanan tau,tapi seolah2 marah diri sendiri,sebab over sangat makan tak ingat dunia..paksa perut terima makanan banyak2.jahat!

buat bersungguh,cakap dalam hati je,tak payah bagitau orang.

lagi..sibukkan diri dengan perkara lain..buat la ape pun supaya tak fikir makanan. setiap kali kepala ingat pasal makan,terus aku alihkan otak fikir benda lain.takyah fikir sangat tentang makan tu,

jangan duk berzikir sangat "aku taknak makan,aku taknak makan,aku taknak makan"
you kill yourself.korang sebenarnya sedang ingatkan diri untuk cari makanan. lama2 berzikir sambil kunyah makanan.good.bagus sangat la tu!
boleh la frame kan kau punya diet,gantung dalam toilet. dasyat! haha

do something else.fikir tentang benda lain.game ke,aweks ke,shopping window ke,pintu ke,tingkap ke..
 (kalau suruh fikir pelajaran,dalam peti ais la tempat korang,duk telan coklat kan)

Bila perut betul2 berbisik "psssssttt2..aku kosong,lapar nie"
baru makan..!

aku pun guna penambah perisa...oh bukan..bukan Aji yang takde moto tu,bukan maggi penambah perisa ye..tapi aku guna mustajab pati halia..yang EXTRA HOT..!!




nie yang manual punya,kalau nak yang auto,masukkan halia dalam blender,dengan diri sendiri sekali...aaaauuuuwsomeeee! hihi

Sedikit nasihat daripada yang lebih berpengalaman tanpa sijil..ehem.

kalau pakai magical ginger nie,jangan mimpi la nak berkesan kalau diri tu tak ubah kuantiti makanan,dah 2ekor kambing kau telan setiap hari,pakai hot mana pun,takde maknanya..! blender diri dengan halia pun   badan tak kurus,kamu hanya menjadi musuh utama manusia dan seisi alam kerana menjadi Personal assistant global warming! TNB pun kau kena bayar lebih tau! gemuk macam tu jugak!

kenapa?,lemak pecah sekilo,kau dah tambah 3kilo lagi..ish3


So,mustajab nie perlu la,sebagai alat bantuan tak kecemasan pun,supaya cepat sikit lemak pecah..dapat la aura nora danish sikit.tak gitu? heee..

emmm..ye,mission nie tak imposibble kalau ada kesungguhan,kesabaran..takde la kena sabar sangat sebab teruskan hidup dengan rilek2 aje,lapar makan.nak dekat kenyang berhenti. kadang2 dah kenyang,tapi mulut tu asyik nak mengunyah je...betul tak? tu nafsu tau..


 dan buat pelbagai kerja lain.jangan jadikan makan sebagai kerja,part time sekali pun..3times sehari.macam tu je,simple right?

Kesannya,diet nie dah betul cuma aku ada masalah kulit kering sikit, tak cukup protein kottt...haha..sebab ayam aku makan kecik sangat,ikan pun..so,diet betul:=>

nasi kurangkan..ayam,ikan tu ambik biasa2 je,tak perlu nak kurangkan sangat.sayur makan banyak.lauk banyak takpe.

Perubahan selepas diet,
badan jadi sangat2 kurus,sampai nampak lesung pipit(cengkung)..haha
dah dipuji kurus sangat.tak cukup makan ke? ada masalah ke? tension ke? (em,aku tengah hepi nie,tension apenya)


lepas tu,aku pun makan lebih sikit la,kasi pipi tak cengkung sangat,dan ok la setakat nie,dapat maintain..
 Nasihat daripada orang2 muda..makan bersederhana je..cara diet aku nie boleh dikatakan tahan lama,sebab aku dah tak rasa nak makan lebih2 sangat.dan baju2 dah banyak boleh pakai..seluar jeans pun dah tak ketat..dah jadi macam seluar slek..selesa! hihi..

Now..im not fat and my bones all small. (baru nak buat pengakuan sejujurnya)

kahkah..kalau nak boleh ler tiru..saya bekas pengawas,saya janji tak lapor kat cikgu!

k..as salam.. ;)

diet cara Ini ~part 1~

I'm not fat,i just have big bones..haha..

Wei,diet biar betul...jgn main tak makan semata-mata nak kurus. takyah lah nak ikat2 perut,perut tak lari punya! nama dia perut,bukan kaki. dia tak bersalah..dia paling baik sebab dia terima je apa yang tangan masukkan dalam mulut..tak kira la masukkan yang sedap2,tak sedap,kayu atau batu atau gergaji sekalipun,dia hanya penerima yang baik.redha ke pasrah tu?

Eh,tak cakap pun tangan yang salah.tuan tangan buat muka tak bersalah.so,kita pura2 la takde sape yang bersalah! yea! ha.ha.ha.

Bersyukurlaaaaaaaa..dikurniakan perut.dengan menyummmmbat makanan sebaiknya ke dalam perut ok? ^^

Suatu ketika dahulu,zaman pak pandir,selepasnya.

aku gemok.chubby.cute(nak jugak,hehe) ..sejak masuk universiti laaaaa..
ya.takde la gemok sangat tapi gemok.adik-adik pun cakap.yang tua2 ape lagi..grrrreeeeekkk...bengang!

tak kisah la.

tapi aku memang selalu ada masalah pencernaan sebab kuat makan! laju pulak tu,takut orang ambik! sape la nak curi! haha

masa aku kecik umur sebelum tadika,hehe.makan ramai2 satu family,aku ambik keropok,pegang dan sembunyikan kat belakang sebab taknak bagi kakak2 dan abang aku ambik.hmmm..kedekut punya budak! tak sangka,lari dari mulut harimau masuk dalam mulut buaya..buaya berbulu(kucing) plak kebas keropok aku macam tu je.....aku? berputih mata? oh tidakkkk...mata hitam masih ada..haha.
kau memang ada personal problem dengan aku,kucing!
damn!
emm.kalau nak tahu,aku suka sangat makan.rasa taknak berhenti.

Antara sebab aku diet adalah sebab masalah kesihatan sebenarnya.bukan nak kurus semata2
aku praktikkan diet yang sihat.Alhamdulillah.berkesan.

macam mana?

hey,simple je,tak membebankan langsung..

First aku nasihatkan,mungkin kegemukan itu berlaku kerana ICE..dan diet itu gagal kerana ICE..
Jangan la nangis..takde kaitan dengan cite Titanic tau!
ICE Age takpe la tengok waktu diet..tapi kalau buat korang terliur dengan ice,please blacklist!


Hye awak,makan la saya...!!!
haha..menganjing plak aku!

anda sedang diuji..tukar pandangan anda,lepas nie kalau nampak ais,no! aku taknak jadi cube lagi!
keh3..

Kalau tak boleh nak lepas air batu nie,jangan paksa diri cuma kurangkan sedikit demi sedikit,jangan lakukan dengan mendadak..contohnya,kalau semalam telan dua gelas ais,hari nie,telan sgelas setengah,esok jadikan segelas,kalau tak boleh,tambahkan sikit je..buat sikit2,jangan paksa diri sangat tapi buat dengan penuh kesabaran..Tips ini untuk semua tabiat atau perkara yang anda susah nak lepaskan.."Bukan kita nak,dah dia nak jugak kat kita,nak buat macam mana.." yela..salah air batu yang angau bercinta dengan kau ye..hihi..takpe,everyone ada hak untuk dicintai..normal!

Kalau boleh tinggalkan terus bagus.tapi sebaiknya buat sikit2,jangan mendadak..nanti tiba2 jadi meroyan terjun parit sebab perubahan drastik tak dapat telan air batu hari tu. kesian pulak!

ok,itu peringatan la bagi yang nak betul2 kurus.


Ok,sebenarnya aku start berdiet pada bulan puasa,senang sikit,memandangkan bulan puasa akan hadir tak lama lagi..

aku makan kurang daripada biasa.

Biasanya nasi satu pinggan,macam lelaki dewasa makan (bukan Big Show)
sayur biasa la banyak.ayam besar kalau boleh.
biasa makan laju2,tambah lagi.

aku tukar dah,nasi aku ambik separuh je daripada biasa,ayam ambik kecik2
sayur banyak sangat,banyak jenis,ada tauhu,tempe,ubi kentang..bahagian nie memang ambik banyak,so,rasa macam makan banyak jugak! (psyco diri sendiri)

waktu puasa berbuka la macam nie..time sahur makan nasi lebih sikit.






Raya menjelang aku sambung diet lagi,kalau tengok gambar dah macam kurus tapi kalau tak teruskan misi diet,2,3hari lagi mungkin,lemak bertambah dan bercambah..so,teruskan misi ini sampai betul boleh maintain. dan actually tak kurus sangat pun..lemak tersembunyi,hanya diri sendiri yang tahu kan..hihi

emm,cantik waktu yang dipilih sebab masa puasa aku dah latih tak makan banyak sangat so,tak jadi masalah sangat bila tiba hari raya dan bulan2 seterusnya untuk adjust kuantiti makanan...walaupun still,keinginan nak makan banyak macam biasa tu sangat2 ada lagi di sanubari..hehe


ingat..makan tetap makan,3kali sehari bila dah habis puasa...tapi doktor pernah cakap,makan tengah hari boleh skip,makan pagi jangan skip. kalau boleh tahan tak makan tengah hari,buat la..macam aku tak boleh.tapi,aku kadang2 lewatkan makan tengah hari,nak dekat2 maghrib,petang ke baru makan tengah hari,waktu betul2 lapar.
Jadi malam tak makan la.. nak cakap kat sini,makan la 3kali sehari pun,tak ganggu pun diet kita,cuma kuantiti kurangkan ok!
play safe.

Kelebihan kat sini.aku ajar perut aku makan dengan kuantiti yang sikit,tak berlebihan.constant,kalau 2senduk nasi,2senduk la,even lepas dah kurus,perut dah biasakan diri dengan dua senduk,trust me,lepas nie,korang mesti dah tak boleh nak makan banyak lepas tu..sebab perut sendiri akan bagitau "cik puan muda yang gorgeous.dah kenyang laaa..2senduk je..taknak banyak2..!"

haha..

perut tak bercakap,jangan pura2 percaya!.cuma korang akan stop sendiri.perasaan anda memberi sense dah cukup! stop. gitu..itu terjadi pada aku la..kalau sedap sangat pun,tambah sikit je..rasa takleh masuk lebih2..



emmm,apa lagi ye..?? lupa dah..

Oh! to be continue................


I tulis U baca..okaayy? +_+

Hye sayang..Borink dowww..

seronoknya lepak di bilik aktiviti hostel nie..ada TV,besar!! ada sofa empuk lagi selesa,tu ada girl tgh tido..terbukti di situ!

ada kerusi panjang,aku ingat rotan ke,kayu ke,so skrg dah tau..besi..stainless steel kot..,kenapa tak woody woodpecker ye? 
it sound like"tak dapat nak tampung badan gadis berbaju merah,berseluar jin..(aku bukan aladin!) ngeee~ (gigi tersusun bak jagung di ladang,not sweet corn ok,tu gigi terlerai daaaa~)


kusyennya pun empuk,baring sambil tengok TV,holiaowwww!!
ada tiga meja kopi,
satu berkaca,dua kayu punya.. 
feel sooooooo curious,wheres the coffee? majalah banyak la..

patut tukar nama..sebagai ibu sementara kamu wahai meja,
mulai sekarang aku namakan meja ini,MEJA SEPI! Korang dah jadi saksi.jgn nak ngelak dowww~
comel sangat nama baru kan? (bahagian mana tu? hehe)


ada gubahan bunga atas meja kaca,blueblueblue unknownflowers&white Roses..nice combination. (",)










Tapi sayang,Plastik! huh! (TER emotional kite) hohoho..

emmm,ada remote control,kita tekan,pastu lari cepat2..ingatkan meletup..tak pun..tiba2 TV yang terON! fuh..nasib baik aku tak buat gaya terbang ala2 kelawar.. huhu

..Ada wireless,nama dia tipuuu... +..+ banyak sangat wayar dalam bilik nie..! wawawawa..

ada washing machine plak tu.
eh,jangan..jangan..pinggan mangkuk xleh basuh dalam mesin tu. =_='

kipas pun ada,pelik la,tekan kat dinding, tapi kipas kat siling yang berputar..kite tengok lama2,mata kite pun berputar jugak..pening2! ape nie,pukau anak dara ayah kite (memang kita marah sangat!)

and you know what,ada alat pemadam kebakaran,warna merah jugak!..

kalau berlaku kebakaran,mungkin pakaian aku tiba2 bertukar macam bomba nie..
(style2 Power Rangers)





dengan style nya pegang alat pemadam api tu...fuyoooo! co'mel!

emm,kalau kebakaran betul,xde maknanya dah semua ini,suuuuuup.....jasad hilang sepantas pelesit!

PeringataN,

*jangan galas tong tu terjun laut plak..! haha..tak dapat ku bayangkan~

sekarang,dah dapat hayati keindahan bilik TV aku nie??..auw..!

ops! TERpromote my universiti plak..keh3 (hey...Style gelak kau!)

Emmm..Ini nak cite benda len sebenarnya,terngarut benda2 nie pulak dah..hohoho

                                                           PEACE!