click this cute!

Monday, 7 October 2013

hehe

Assalamualaikum..hehe..

Nak tulis cepat-cepat sebab kite ada kerja,kite kena update blog dulu baru berkobar-kobar semangat nak buat kerja dan study lepas nie..hahaha.



 Tau tak nie apa? aku suka,suka sangat!!! nama dia Sata...dulu aku ingat benda nie la namanya OTAK-OTAK. Masa dulu tak pernah makan pun..sebab aku ingat dalam kulit pisang tu ada otak. Orang cakap otak-otak tu sedap,aku pulak memikirkan.."eeeee,otak sedap??? uwekkkk! otak apa ntah kat dalam,otak lembu ke apa..yekkkk!!!"
Rupa-rupanya otak-otak yang panjang tu, bukan otak dalamnya,warna je merah macam otak,tapi ikan kot..ke apa..sedap la jugak...kalau otak,dah lama semua orang jadi zombie kecuali kalau makan otak udang..jadi bodoh..kahkah!

Eh,Lisa dah ada kawan...Si siput..persahabatan sejati! kehkehkeh..

Comel tak? kite suka baju hello kitty..comel ngaaaaaatttttttt!!!!
dulu tak berapa nak berkenan,tapi sekarang suka ngaaaaaattttttttttt!!!!!


tapi nie untuk adik kite,kite nak balik kampung fikir-fikir nak beli apa,ingat nak beli buku princess ke,warna-warna ke..sebab biasa beli benda-benda tu atau hiasan rambut dia ke,adik dah suka sangat,tapi kali nie kite terjumpa...Memang kite pun suka sangat sebab kite pernah tengok adik kite beli baju hello kitty warna kuning sebelum nie,comel ngaaaaaattttt! so,kita pun dengan excitednya beli nak tengok dia pakai yang nie pulakkkkkkk...!! adik,suka tak???


Tapi baju nie rasanya macam besar sikit,macam mana nie? adik tak boleh pakai,kakak pun boleyyy try...haha

InsyaAllah nanti kalau kakak jumpa baju hello kitty yang comel macam nie saiz kakak,kakak beli untuk diri sendiri pulakkk!!!..hehe.

Kakak? no one in my family col me KAKAK,or Kak Ini..
everyone call me Ini..
Rasa feeling-feeling adik selalu...hihihi..

Untung la kau dik,anak bongsu,perempuan pulak tu,memang selalu la dapat hadiah..Adik-adik lelaki?
Kenapa la korang lelaki,aku tak tahu nak beli apa...!!! setiap kali nak beli hadiah kat adik perempuan,aku keliling jugak kedai-kedai yang ada cari hadiah untuk adik-adik lelaki tau! keliling kedai apa pun tak jumpa apa boleh diberi sebagai hadiah...ahhh! tension.lelaki sukar difahami.
hahahaha

ok,bye! doakan kejayaan aku dalam universiti terutama kuiz esok,semoga Allah permudahkan..!

Thank you for selongkar my blog and good day!!
^_^

sebenarnya saya sedang FRUST! senyum macam saya...! T_T


Saturday, 5 October 2013

There always hope!

Assalamualaikum!

Lets talk about SAKIT.

Sakit tu ujian. Sakit tak semestinya mati. Mungkin sakit boleh menjadi penyebab kepada kematian.
Tapi kita mati bukan sebab sakit. Kita mati sebab dah sampai waktu kita kembali padaNya.

Bila doktor cakap "Katy,awak ada lagi 6 bulan untuk hidup."
kalau hari nie 6/10/2013,so,tarikh mati 6/4/2014 akan mati? atau waktu terdekat dengannya?
Mungkin tapi belum tentu.
Sebab itu hanya anggaran doktor yang juga manusia yang mempunyai ilmu perubatan yang tinggi.Tapi realitinya apalah sangat ilmu manusia nak dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air di lautan. kan?
Waktu kematian itu rahsia Allah bagi setiap hamba-hambaNya,

Dalam masa 6 bulan tu,macam-macam boleh jadi,
Mungkin dalam masa 3 bulan si Katy mati,bukan sebab sakit tapi sebab tercekik butir sagu. see?
atau
si Katy putus asa,asyik ingat mati,tak usaha apa,semua orang sedih..tapi rupa-rupanya Mak si Katy yang meninggal dulu,Katy siap dapat hidup lagi 2tahun lagi...seee????
People die everyday..
death can happen anytime la,by many unexpected reason.

Sakit itu UJIAN macam Allah uji kita dengan harta,dengan rupa,dengan anak-anak,dengan mak ayah.. walaupun seteruk manapun,tak semestinya asal sakit je,nak mati..ngeeee~

"doktor cakap aku sakit,aku dah nak mati,aku dah tak ada harapann...:'( "

who said that? Hope? harapan sentiasa ada,Allah satu-satunya harapan.
Harapan yang selalu orang abaikan,harapan yang ramai taknak percaya..So,ramai putus asa.
Semoga Allah jauhkan kita daripada putus harapan terhadapNya.

Sakit itu UJIAN means ada hikmah disebaliknya.Ada sesuatu kebaikan yang Allah nak hadiahkan,
mungkin Allah ingin kita merintih di hadapanNya,
mungkin Allah tengok kita sangat lalai so Allah nak kita bergantung padaNya,mungkin Allah nak kita rasa takut dan fikirkan mati,dan bersedia untuk itu..
Mungkin memang kita ditakdirkan mati lagi beberapa bulan,jadi Allah bagi hint supaya kita buat persiapan awal..
Mungkin Allah bagi kita sakit,sebagai kafarah dosa,nak bersihkan dosa-dosa kita supaya kita menjadi Ahli Syurga.
Mungkin Allah nak ingatkan kita supaya bila dah sihat kita bersyukur.Jadi iman kita bertambah,kepercayaan kita bertambah,kebergantungan kita terhadapNya pun bertambah.
Mungkin juga sebab Allah nak kita hargai apa saja nikmat yang Allah berikan..

Semua sebab yang Allah bagi nampak tak?
because Allah love me,you and us..! =)

Sebab tu,kita kena kuat,tetap bertahan,kita usahakan selagi boleh,biar Allah nampak kita kuat dengan ujian,kita sabar hadapi ujianNya..

Bukan kita putus asa dan tunggu mati,
tapi biar kita kuat dan sabar dan melangkah ke arah syurga bila tiba waktunya. ^_^

Ada orang sampai abaikan family,kawan-kawan,terkurung sebab sakit,,is that good? itukah yang Allah redha bila Allah bagi ujian sakit?

If i have someone that i love get sick,i hope they will fight without abandon me,
If they know they will die soon,i hope they use as much time as they can to spend with me..not leave me and fight alone..
Sedihkan tetiba orang yang kita sayang tu mati tapi sebelum mati abaikan kita.Mungkin mereka taknak buat kita sedih,tapi sebenarnya mereka lagi buat kita sedih. ='(

Semoga entry kali ini bagi kamu yang sedang sakit kekuatan dan bergantung pada Allah banyak,banyak dan banyak lagiiiiii!!!!!!!
InsyaAllah... hadapi ujian sekuat mugkin because We Are The Chosen One!!!!

Dan keajaiban boleh berlaku bila-bila masa asalkan kita percaya,kita kan ada Allah,The Most Powerful!!
The only ONE can change anything anytime! The ONE..

Thank you for selongkar my blog & good day!



Tuesday, 1 October 2013

Great News for ladies and gentleman!


Assalamualaikum,
Jom kita hayati ayat-ayat di bawah,trust me,serta merta akan tersenyum sendiri..hehe

,-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------,
Muka orang yang beriman pada hari itu berseri-seri.
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya yang baik yang telah dikerjakannya di dunia.
Mereka tinggal tetap di dalam syurga yang tinggi kedudukan dan darjatnya =)
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.

Di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir.
Di situ juga ada pelamin-pelamin berhias yang tinggi tempatnya.
Dan piala-piala minuman yang disediakan untuk mereka.

Dan bantal-bantal yang teratur untuk mereka berteleku atau bersandar.
Dan permaidani-permaidani yang terbentang. 
( surah AlGhaasyiyah~ayat 8-16)

Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak yang diambil dari sungai yang mengalir.
Minuman itu bersih,lagi lazat rasanya,bagi orang yang meminumnya.
Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan,dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.

Sedang disisi mereka pula ada bidadari -bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka,lagi yang amat luas indah matanya.
Kulit mereka seperti telur yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. 
(surah As Saaffaat ayat 45-49)

Mereka itulah disediakan baginya syurga Adn,yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang dari emas,dan memakai pakaian hijau dari sutera yang halus dan sutera tebal yang bersulam,mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin.Itulah sebaik-baik balasan dan paling baik tempat berehat.
 (Surah Alkahfi ayat 31)

"----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"


Tempat indah itu adalah CITA-CITA KITA????

Tempat untuk orang yang sentiasa perbaiki dirinya,orang yang sentiasa berusaha beramal soleh,orang berusaha keras untuk taat perintah Allah,orang yang sentiasa bertaubat seikhlas-ikhlasnya kepada ALLAH yang Maha Pengampun..

Yes,no one can be a perfect person,no one never make mistakes or maksum except Rasulullah S.A.W yang disayannnnnngggggi!

Tapi,

Salah satu nikmat Allah yang maha pemurah lagi penuh dengan kasih sayang is everyone have right to choose the right path,Syurga or Neraka? sometime we lost in the middle of our long journey of Dunia,doesnt mean we lost until the end right? Hopefully Lailahaillallah will be the last word from this beautiful red long tongue..InsyaAllah!

Pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita bernafas. Jangan berPUTUS ASA dengan RAHMAT ALLAH,sebab ALLAH tak suka.. ='(


,------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------,
Ini suka sangat ayat nie,

Sesungguhnya
 orang islam lelaki dan perempuan
 dan
 orang yang beriman lelaki dan perempuan.
dan 
orang yang taat lelaki serta perempuan,
 dan 
orang lelaki serta perempuan yang jujur
 dan 
orang lelaki dan perempuan yang sabar,
dan 
orang lelaki dan perempuan yang kusyuk,
dan
 orang lelaki dan perempuan yang bersedekah,
dan 
orang lelaki dan perempuan yang berpuasa,
dan
 lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka,
dan 
orang lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama ALLAH,berzikir,
Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar  atas ketaatan mereka.

~Surah Al Ahzab ayat 35~

"---------------------------------------------------------------------------------------------------------------"
Share untuk kuatkan hati diri sendiri & semoga bermanfaat untuk u olll jugak! hehe
^_^

Thank you for selongkar my blog and good day!