Assalamualaikum,
Jom kita hayati ayat-ayat di bawah,trust me,serta merta akan tersenyum sendiri..hehe
,-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------,
Muka orang yang beriman pada hari itu berseri-seri.
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya yang baik yang telah dikerjakannya di dunia.
Mereka tinggal tetap di dalam syurga yang tinggi kedudukan dan darjatnya =)
Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia.
Di dalam syurga itu ada mata air yang mengalir.
Di situ juga ada pelamin-pelamin berhias yang tinggi tempatnya.
Dan piala-piala minuman yang disediakan untuk mereka.
Dan bantal-bantal yang teratur untuk mereka berteleku atau bersandar.
Dan permaidani-permaidani yang terbentang.
( surah AlGhaasyiyah~ayat 8-16)
Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak yang diambil dari sungai yang mengalir.
Minuman itu bersih,lagi lazat rasanya,bagi orang yang meminumnya.
Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan,dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.
Sedang disisi mereka pula ada bidadari -bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka,lagi yang amat luas indah matanya.
Kulit mereka seperti telur yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
(surah As Saaffaat ayat 45-49)
Mereka itulah disediakan baginya syurga Adn,yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang dari emas,dan memakai pakaian hijau dari sutera yang halus dan sutera tebal yang bersulam,mereka berehat di dalamnya dengan berteleku di atas pelamin-pelamin.Itulah sebaik-baik balasan dan paling baik tempat berehat.
(Surah Alkahfi ayat 31)
"----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------"
Tempat indah itu adalah CITA-CITA KITA????
Tempat untuk orang yang sentiasa perbaiki dirinya,orang yang sentiasa berusaha beramal soleh,orang berusaha keras untuk taat perintah Allah,orang yang sentiasa bertaubat seikhlas-ikhlasnya kepada ALLAH yang Maha Pengampun..
Yes,no one can be a perfect person,no one never make mistakes or maksum except Rasulullah S.A.W yang disayannnnnngggggi!
Tapi,
Salah satu nikmat Allah yang maha pemurah lagi penuh dengan kasih sayang is everyone have right to choose the right path,Syurga or Neraka? sometime we lost in the middle of our long journey of Dunia,doesnt mean we lost until the end right? Hopefully Lailahaillallah will be the last word from this beautiful red long tongue..InsyaAllah!
Pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita bernafas. Jangan berPUTUS ASA dengan RAHMAT ALLAH,sebab ALLAH tak suka.. ='(
,------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------,
Ini suka sangat ayat nie,
Sesungguhnya
orang islam lelaki dan perempuan
dan
orang yang beriman lelaki dan perempuan.
dan
orang yang taat lelaki serta perempuan,
dan
orang lelaki serta perempuan yang jujur
dan
orang lelaki dan perempuan yang sabar,
dan
orang lelaki dan perempuan yang kusyuk,
dan
orang lelaki dan perempuan yang bersedekah,
dan
orang lelaki dan perempuan yang berpuasa,
dan
lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatan mereka,
dan
orang lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama ALLAH,berzikir,
Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar atas ketaatan mereka.
~Surah Al Ahzab ayat 35~
"---------------------------------------------------------------------------------------------------------------"
Share untuk kuatkan hati diri sendiri & semoga bermanfaat untuk u olll jugak! hehe
^_^
Thank you for selongkar my blog and good day!
No comments:
Post a Comment