click this cute!

Tuesday, 15 September 2015

My daily breakfast



Assalamualaikum..


Good Morning!
 Senyum macam saya! ccciiiiiiinggggggggg!!

Apesal hepi sangat?
Pasal aku perempuan, kami nangis ke gembira ke kadang-kadang tak perlukan SEBAB.
Macam petang semalam aku sedih je sebab rindu family nun jauh di sana.. Tapi malam tadi aku tidur sambil senyum-senyum, tak tahu kenapa... see? aku dah cakap dah aku perempuan kan. =)

Pagi nie Alhamdulillah bangun tidur pun penuh dengan ketenangan gitu..Bangun tidur tengok jam kat handphone dan minum segelas air masak. Seperti korang jugak yang muslim, normally, pagi-pagi aku breakfast rohani, berusaha menunaikan kewajiban sebagai hamba Allah.

Setahu aku ramai orang bila bangun tidur terus buka media sosial dan wassap. Aku tak. Pasai aku bukan orang. Aku alien. haha.
Kalau orang wassap pun aku tak buka dulu, walaupun aku perasan ada mesej masuk ke, lepas-lepas aku dah rasa nak buka phone, baru aku buka.

kadang-kadang aku lupa nak reply, aku buat benda lain dulu, skodeng jiran ke,..dan aku bukan selalu dengan phone tau, phone bukan laki aku pun nak berkepit kan, sehidup semati, aku hidup dia mati..ohh tidak! jadi bila orang call selalu tak dapat walaupun waktu tu wassap tengah online, pasal lepas aku reply, aku lari pegi ntah ke mana-mana gitu jauh dari phone..kalau tengah on9 tu bukan aku.tu hantu. hehehe... Satu lagi sebab aku memang silent phone. Bukan suka-suka ok, aku jenis sakit kepala dengar bunyi phone.. sensitif sikit..actually sensitif banyak. cukuplah aku dengar bunyi gggrrrrrr je..vibrate! hihi..

Jadi, bukan kawan-kawan je payah dan bengang nak call aku, aku pun payah nak call diri sendiri bila phone hilang..hahahhaaaa.. Martini, kenapa silent phone, kenapa, kenapa!!! benci diri sendiri. dramatik ok! =_='

Nasihat aku, kalau nak call, better wassap/mesej dulu..nak datang rumah bisik kat aku dulu pun boleh, pastu baru call. hihihi.. Supaya aku bersedia ok! =)

Lepas dating dengan Allah s.w.t, aku pergi dapur, buat breakfast!
yang nie yang aku nak share sebenar-benarnya. Kalau kat kampung aku suka sangat sebab breakfast pasti sudah tersedia, nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak, laksam, kuih muih...ececeehhh..Teganu kite!
Kat Melaka nie tidoookkk lerrrr. Hampir setiap pagi aku makan sandwich yang aku buat sendiri! Kalau takde roti baru aku buat nasi or mee goreng or apa je la yang ada.

Sandwich nie simple je, senang, cepat, kalau rushing pun sempat lagi buat. Dan paling best, kenyang dan bertenaga gitu.

Resepi sandwich martini adalah!! jeng jeng jeng!

1. 2 keping roti
2. sebiji telur ayam. (Telur naga pun boleh)
3. timun/lobak merah
4. serbuk black pepper
5. garam

Cara-caranya :

1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak. Api perlahan je ok! Ratakan minyak atas permukaan kuali, Tak payah la banyak-banyak sangat minyak tu.

2. Kejar ayam suruh bertelur. Dah dapat telur baru basuh dan pecahkan telur dalam kuali..Jangan suruh ayam bertelur dalam kuali! ingat! hati-hati jangan sampai kuning telur pecah. Kita nak buat telur mata separuh masak tau! Tips telur mata adalah api kena kecik jeee.. Cuba kau try api besar, tak ke telur putih dah jadi arang, kuning telur masih tak masak..ish-ishhh.. Tunggu sampai putih telur yang jernih tadi bertukar kepada putih gebu semuanya, confirm kuning telur sedikit je masak macam kita nak, success!

3. Roti pulak, suka hati la nak goreng ke, nak kukus ke, nak biasa ke, nak bakooorrr ke.. Terpulang! macam aku, aku suka kalau roti crunchy sikit, so, aku letak roti sekeliling telur dalam kuali sambil tunggu telur masak. Goreng la kot orang panggil..

4. Sambil-sambil tu boleh la potong timun or lobak merah. Berkhasiat la sikit breakfast kita ye tuan puan!

5. Bila semua dah masak, susun timun kat atas roti, pastu letak telur mata kat atas timun. Then, tabur garam dan black pepper sesuka hati bagi rata atas telur. Letak blackpepper lebih sikit atas kuning telur baru sedap! Ambik roti satu lagi, letak atas telur pulak..ala..macam sandwich biasa tu!

6. Jangan cuba letak cheese atau sos cili atau apa-apa sos kat dalam sebab dua benda nie boleh hilangkan rasa blackpepper dan garam tu. jadi takde function dah la! Orang tahu la orang pernah buat! T_T hahaaaa..

7. Makan je la! Hati-hati makan, kalau gigit kat tengah tu confirm best, meletup telur kuning..melelehhh! Part tu paling best! Yummy! =)

Eh, lepas siap masak, aku letak makanan atas meja pastu aku buat simple exercise, breakfast jasmani..

Aku cuba jadikannya sebagai rutin. Bukan untuk kurus, tapi untuk kesihatan. Aku buat simple-simple je, warm up macam waktu sekolah dulu pastu pilih beberapa jenis exercise yang tak begitu membebankan. Mula-mula dulu, satu part orang buat 8x, aku buat 5x..lama-lama terbiasa baru aku up sikit.. Sebab kalau exercise teruk terus, rasakan! 2 hari lepas tu sakit badan, jalan macam robot..hahhaaaa.

Korang tau tak yang exercise akan buat kita keluarkan toxic daripada badan melalui peluh, toxic tu kalau tak keluar, kulit tak cantik, dia berkumpul kat kulit, cepat penat, bagi penyakit..

Pastu aku tengok orang yang betul-betul hidup dengan rutin exercise nie memang muda je ye walaupun umur dah puluh-puluh.. plus kena minum banyak air masak dan kurangkan minum ais.

Nampak sangat aku nak awet muda kan..hahaa
Tu yang aku tengok!

lepas aku mengamalkannya, aku perasan, bila aku busy dengan aktiviti harian yang menyakitkan badan, lepas exercise dengan teknik yang betul, aku punya sakit belakang, kaki semua ok balik.. Stress dan masalah kulit pun makin kurang.. Macam best je lepas keluar peluh! =)

Tanpa kita sedar atau tidak, Allah suka sangat kalau kita exercise dan beriadah, untuk sihat dan kuat fizikal! Dapat pahala la kalau buat! Lagi semangat nak buat kan! give a try ok! ^_^

Dah siap exercise, baru aku makan,

Biasanya, aku breakfast sandwich nie, pisang dan segelas marigold orange juice. Susu? malam sebelum tidur baru aku minum susu.
Oh, gambar kat bawah nie aku letak sos thousand island, memang sedap! Biasanya makan pisang gitu je..lagi sihat!

 Oh ye, hari tu pergi ambik gambar, cewah! Bukan main orang tu edit gambar, lama pulak tu, aku duk senyum-senyum kot lepas nie gambar aku nampak macam muka Fasha Sanda ke, Nora danish ke..harapan!


Lepas dah siap tengok macam jenazah mati dalam iman tak tertunai hajat. Dah mata terbuka, senyum bahagia, putih pucat rata je aku tengok.! haha






Ambik kau. hensem. Mana-mana yang aku share nie boleh la diamalkan kalau suka. Harap bermanfaat!
Thank you for selongkar my blog and good day!
=)



Wednesday, 2 September 2015

my life right now

Assalamualaikum,

Hai. Baru balik keje. Shift malam. Oh ye. now aku tengah kerja part time sambil sambung study. Kenapa ye aku sambung study? Jeles tengok kawan-kawan dapat keje dah..tapi i have my own goal in my life. Mom said as long as we have the chance to find more knowledge then go..fight for it..kena selalu berusaha jadi lebih baik..jadi muslim yang terbaik.. :') aku dapat nasihat nie bila aku mengadu.. ma..kenapa ini asyik kena tinggalkan rumah, kenapa tak macam dulu-dulu.ini boleh selalu duk dengan family (oh no..tears coming out now!) Kenapa? I wish i could spend this whole life with my parent & family.. tapi kita ada tanggungjawab,kita kena usaha, dunia nie cuma permainan yang sementara..

jadi ayat-ayat mak aku nie selalu jadi semangat aku bila aku rasa aaaahhhhh..nak stop..aaahhh! Haha.

Tapi bila aku keje part time aku banyak belajar..pasal aku banyak jumpa masyarakat yang begitu sombong dan sesuka hati sakitkan hati orang.. ke mana pergi adab dan rasa hormat? Mana sikap pemaaf dan meminta maaf?

jangan bila kita nampak orang kurang daripada kita, kita ingat dia takde hati dan perasaan.kita layan sesuka hati. kita pandang hina.. tolong jadi humble.humble..humble! rendah hati. Rendah hati. Rendah diri. Pemaaf sebelum diminta maaf. Meminta maaf walau diri tidak semestinya bersalah..berkata sopan dan baik..Allah suka. Apa lagi yang lebih penting dari apa yang Allah suka? Yang Rasulullah suka.? :')

lepas habis degree aku tercari-cari benda bermanfaat yang aku boleh buat sebab aku ada banyak masa, sekarang, aku pulak yang kejar masa..rasa macam masa berlalu dengan pantas dan terkejar-kejar. hihi. tu la..lapang sebelum sempit kan..semoga aku tak lalai dengan keduniaan. Sibuk mana pun aku harap Allah selalu membimbing aku untuk masih menjaga perintahnya. Setiap satunya.

Korang nak tahu tak yang budak perempuan yang selalu main dengan aku dah pindah.. sedih sangat.. sebelum pindah dia kerap datang umah aku..hari tu kami buat kuih sama-sama.. dia sangat suka kuih tu..:) kelakar sangat, dia teringin nak buat jugak bila aku buat, tapi aku larang. Sebab tangan tak basuh dan kuku panjang.. kali kedua dia datang tengok aku buat kuih dia nak try jugak, dia cuci tangan bersih-bersih, dia kebas kepit kuku aku pastu potong kuku sendiri. Bila betul-betul bersih baru dia tolong buat sekali. Shes happy :)

Kuih apa? aku panggil onde-onde. orang melaka panggil buah melaka. Orang kedah panggil? Ondeq-ondeq ka buah melakaq? Hahaahaaa..




Miss her much. Miss my little sister Wiwi kat kampung too. She whasap me suruh balik kampung sebab nak sambut bufday dia. =D

Aku rasa hati aku tak lengkap tanpa suara bebudak kat telinga ini. Jiwa aku sedih bila kawan dengan anak orang dan budak tu tak dapat selamanya bermain dengan aku. Siapa pun.anak sedara pun sama.huh! Tapi mamaini sayang iqbaal tau! :) But aku harap sangat mereka nie diberi kasih sayang yang sangat banyak. They deserve to have a good loving parent..Buat aku rasa nak kawin cepat-cepat. Nanti ada anak sendiri most of the time akan dengan aku je kan.. hihi.. Aku jumpa gambar baby nie tau. Aku save dan most of the time aku akan pandang gambar nie..dan bestnya hati aku rasa sejuk je.. sleepy baby..comel.. :)


Macam nie ke muka anak aku tidur nanti..? Setiap kali keluar rumah jumpa baby. Jumpa baby. Jumpa baby. Hahaaha..stress!

Kawan-kawan cepat je kawin. aku?  Aku pasti ada takdirku sendiri.. just follow the flow kan.. Allah knows better. *_*
Tolong doakan ok! Mungkin jodoh aku tengah cari minyak kereta, tu lambat sikit sampai.. :)

Sambil-sambil tu tolong doakan Allah permudahkan urusan aku dalam study dan segalanya! ♥

Oh guys. Aku dengan housemate duk layan cite korea fated to love you. Bapakkkk ahh! Dari episod 1 lagi memang duk gelak aje..masuk episod 9 ke atas gelak sambil nangis. ini bagi 10 bintang extra bulan mengambang! Best sangat..Takde satu scene pun yang tak best! pegi la cekedoutttttttt sekarang!

Thank you for selongkar my blog and good day! :) gudnite.!




Sunday, 9 August 2015

Impianku di masa hadapan

Assalamualaikum..

skema pulak title. ^_^

       Kadang-kadang, mungkin selalu, aku termenung dan berfikir jauh ke hadapan..macam mana hidup aku akan datang? korang pun mesti fikir jugak kan?..huhu..

memandangkan hidup ini hanya sekali, aku sangat berharap hidup aku nie bahagia sebahagianya la kan..well, siapa yang taknak bahagia?

Dalam hidup nie aku tak demand sangat.

Untuk diri aku sendiri, aku harap aku ada..emm..malu ahh nak cakap..hahaha..
 tapi takpe, kebanyakan orang melaluinya.. aku harap aku ada emmm...seorang suami yang soleh dan penyayang.hihihiii..
 Dia tak perlu pun pakai serban purdah segala, mungkin orang biasa je tapi baik la. Aku pun tak baik sangat tapi sape taknak orang baik kan. Sebab aku tak baik la aku perlu orang yang boleh bimbing aku kan..maksud aku dia takde la jenis "u buat la" tapi dia jenis "Jom kita buat sama-sama" sweet pulak! *Senyum tutup muka* haha. Dan biarlah dia setia sampai syurga, aku pun sama.

Bagi aku bila lelaki dah kahwin nie, dia sepatutnya lebih fokus macam mana nak jadikan diri sendiri suami terbaik dan bimbing isteri dan anak-anak dia untuk jadi soleh solehah, masuk syurga, bahagiakan family,tu matlamat dia. bukan duk sibuk pandang perempuan lain ke apa. Isteri pun sama, cuba jadi yang terbaik untuk suami dan anak-anak.

Pastu aku harap Allah beri emm :) anak ramai-ramai, comel-comel, soleh solehah. Nanti mesti riuh rendah rumah, bestnyaaaa!!!

 Ada orang cakap makin bertambah anak, makin banyak keluar belanja..no..sebab bila seorang lelaki kahwin, dia mungkin dipanggil tanggung isteri dia, tapi sebenarnya rezeki yang dia dapat tu memang  telah ada bahagian rezeki untuk dia, isteri dia, begitu juga bila bertambah setiap anaknya. Rezeki takkan tertukar walaupun dengan isteri atau 10 orang anak, isteri atau anak-anak tak usik sikit pun rezeki si suami/ayah, tapi Allah dah tetapkan banyak mana rezeki masing-masing. Suami/ayah tu cuma pengantara. Jadi jangan fikir macam tu lagi sedangkan Rasulullah sangat sangat sangatlahh suka kalau kita dapat lahirkan lagi ramai umatnya dan sama-sama kita belajar untuk didik mereka dengan terbaik. InsyaAllah.

Yang penting dalam family aku tu penuh kasih sayang. Aku tak suka dan taknak ada suasana penuh tekanan kat rumah aku, tengking menengking, marah-marah, mencarut, takde perasaan hormat..Ya Allah tolong la jauhkan..
Kalau kami diuji dengan apa-apa masalah pun, harap family aku nie lebih banyak hadapi bersama-sama, genggam erat tanganku gitu! haha.


Tu yang utama.

Pastu kalau boleh aku nak la tinggal kat rumah sendiri. Tak kisah kalau rumah tak besar pun, setingkat pun takpe, asalkan ada laman sekeliling rumah..tak suka sangat rumah yang kongsi dinding..parking kereta pun kat luar rumah..lemas la.kan?. kalau ada laman boleh family aku riadah petang-petang seselesa yang mungkin, tanam pokok bunga, berkebun..cewah..macam kat kampung je.. heee..
Dalam rumah ada bilik yang cukup, takde yang tidur kat lorong-lorong dapur, tetamu datang tumpang pun masih ada bilik walaupun kecil tapi cukup selesa. Ada dapur, ruang tamu..dan perabot-perabot asas tu ada.

Cukuplah ada kereta biasa-biasa yang boleh bawa family pergi jalan-jalan. Kereta sedan, 4 pintu, aku tak kisah sangat, saga flx pun takpe..Mula-mula macam tak kisah pun kalau kancil ke myvi, tapi bila fikir balik, payah hidup, nak bawa barang banyak nak pindah mana-mana ke, nak balik kampung, ye dak?  bagi aku tak perlu sangat kot nak ber merce,honda, kereta mahal-mahal ke apa. tak kisah.

 Aku pun harap kalau hidup kami tak berhutang,tak membazir, penuh kecukupan dan kesyukuran.
macam anak sakit nak kena pergi hospital, nak pergi majlis ilmu, nak holiday sekali sekala, simpanan ada! hidup tak susahkan orang. Lagi, kami hidup dengan sederhana je tapi kami masih boleh beri duit kat family aku dan family mentua lagi, dan bila jumpa orang susah pulak, kami tetap boleh memberi. Uiiihh dasyat dalam poket takde, duk makan hati sebab tak dapat tolong orang pastu diri sendiri pun susah.
 Faham tak, yang aku sangat berharap satu kehidupan yang cukup dan penuh keberkatan.

Bagi aku kalau dah tetiba jadi kaya raya sangat pun, aku tetap suka kalau hidup aku nie, family aku, masih bersederhana.

Dan aku taknak hidup berdasarkan manusia lain which mean orang beli rumah baru, kau nak rumah baru, orang beli kereta besar, kau nak kereta besar. Bila orang mengata, kita terkesan. kebanyakan benda kita buat kita ikut orang padahal hidup kita nie tentang kita sendiri. Nie aku tengok orang la. Pada aku, kita buat apa yang kita suka, asal kita bahagia sebab citarasa kita berbeza, rezeki pun lain-lain.

Bahagia sangat-sangat kalau aku ada banyak masa dengan family, family tak terabai. hmm =)
 Macam nie baru bahagia..

By the way, sekarang aku sendiri ada family yang sederhana tapi besar sebab adik beradik ramai..seronok lah! Ada pulak kucing beberapa ekor..hihihi..

Semua ini rezeki Allah taala. Dia Maha Kaya. semoga Allah berikan rasa kecukupan dan rasa syukur yang sangat sangat sangaaaaatttlah banyak dalam hati kita walaubagaimana pun keadaan kita sekarang dan akan datang.

Definisi bahagia bagi aku bila hati kita tenang, tak kejar kekayaan dunia sangat tapi banyak banyak banyaaakk kasih sayang.

Rasulullah pernah cakap bahawa kat atas dunia nie ada syurganya sendiri terbahagi kepada 3,

1. Isteri solehah (suami soleh bagi perempuan)
2. Tempat tinggal yang baik
3. Kenderaan yang baik

Thank you for selongkar my blog and good day!
=D