Assalamualaikum
Luahan rasa.
Rindu perempuan sangat!!..
rindu nak jadi perempuan..gedik macam perempuan,mengada macam perempuan,lepak dgn ramai bestfren perempuan.
Duk dalam satu bilik ramai-ramai dengar suara perempuan jeeee... jerit-jerit cara perempuan....
Rindu nak dikelilingi dengan kawan perempuan yang ramai pakai cantik-cantik macam kite pastu tak buat kita rasa macam 'aku berhias nampak over'
Pastu cakap perkara keperempuanan je..
Takpun baring atas katil sama-sama konon bersedia nak tidur tapi tetiba...
"Awak,tau tak saya sebenarnya...bla..bla..bla..." banyak luahan hati terkeluar sampai berjam2.. akhirnya tertidoooo...gudnite!
Rindu nak jalan-jalan,shopping xingat dunia dgn perempuan satu frekuensi, tanya pendapat kita.... cantik tak? dan kita pun buat benda yang sama dan masing-masing bagi pandangan positif..u know,perempuan..no man!! Gitu!
So many sharing,so many keperempuanan!!
Rindu sangat...T_T
I wish to have my old life back..
Its not that im not a girl anymore but still, theres something missing in this girl life now... T_T
Thank you for selongkar my blog and good day!!..
click this cute!
Wednesday, 19 March 2014
Sunday, 2 March 2014
hidup harus belajar untuk redha
Assalamualaikum..!!
Panas ye sekarang..sampai rasa selalu dahaga..tengah-tengah malam pun dahaga yang amat..telan air banyak-banyak..dasyat betullll...
Sampai petang minggu nie aku pergi kelas rasa macam sakit tekak..ingat sikit je..tengah-tengah belajar tetiba rasa tak boleh nak bernafas kot..nasib baik lecturer bagi rehat jap so dapatlah pegi 7e beli benda nie..
Disebalik kesusahan ada kemudahan..Alhamdulillah.
Guys..sama-sama kita jaga kesihatan di musim panas ini..
Kita patut bersyukur negara kita nie bukan negara 4 musim tapi hampir 10 musim atau lebih kan...musim panas,musim sejuk,musim duku,musim durian,musim rambutan...blablablaaaa......
U know..aku rasa minggu nie macam dasyat sikit la keadaan dan dugaannya..
Balik kelas bonceng motorsikal dengan kawan..hampir masuk longkang kitorang sebab ada satu kereta tu gerak ke tepi macam apa jee nak kena motor kite..terkejut tau.. kawan aku brek mengejut la sebab kat depan ada bucu simen lagi..nasib baik sempat...Sakit hati.
Kalau aku jatuh longkang waktu tu...memang aku tak fikir nak saman ke apa...aku tarik je kau masuk longkang sekali...biar kau rasa apa yang ku rasa,main air longkang..wangi kau.gituu!!
Pengajaran: Driver baik kau cabut stereng kalau tak pandai guna.(ada kaitan tak? =_=") Alert la dengan penunggang dan pemandu yang lain,ingatlah orang yang tersayang,tak sayang kite pun jangan cuba nak humban kite masuk longkang,.. T_T humban masuk TV takpe..haha
Lepas tu boleh pulak waktu kitorang balik print notes, kawan aku start moto,dia gerak..tali beg aku sangkut kat cermin moto siapa punya moto ntah parking sebelah moto kitorang..
Aku terus tertarik ke belakang,sambil jerit.."Akak!!!!" akak(kawan tua setahun)
Dasyat betul...nasib baik tali beg sempat lepaskan tangan aku..kalau tak memang jatuh ke jalan tar la aku macam nangka buruk dan kalau moto tu terbalik pecah mana-mana,nak buat muka innocent ke,nak lari ke,nak menyorok kat belakang pasu bunga?? T_T Pasu bunga is a better idea.
Dah turun moto pergi ambik beg,tak fikir apa dah,cepat-cepat macam letrik aku gerak ambik beg ajak kawan bla cepat-cepat...perkara pertama yang aku fikir waktu tu, "malunya,ada orang nampak tak? ada orang nampak tak???" macam apa je...nasib baik helmet tinted..haha
Sakit ke apa ke,tak pk dah.
Pengajaran: Baru tahu perasaan perempuan kena ragut. =_="
Bahaya,perempuan sila berhati-hati,tali beg jangan meleret-leret,sangkut kat mana boleh bawa malu T_T pastu maut..huhu
One more time hampir eksiden. Allah! gerun! Kereta satria siapa warna kelabu bagi signal awal-awal nak masuk lorong kedua,tapi bagi signal sebelum lorong pertama,dan kitorang ada kat lorong pertama nak lintas.
Kawan aku dah bawa straight melintas,brek yang biasa tak berapa nak makan dengan pantas,tiba-tiba berfungsi dengan efisyen tepat pada waktunya..MashaAllah..Kalau tak memang dah langgar kereta kau.. mengaku cepat..!!
Aku maafkan kalau signal otak kau kurang berfungsi..hahaha.
(ee..takutnya mengata orang!! aku pun bawa moto over excited,signal tak tutup-tutup,masuk lubang tengah jalan baru ingat nak tutup..haha)
Pengajaran kali nie,sama-sama kite guna pensyarah aku punya sensor ciptaannya untuk ingatkan kite padam signal bila perlu..good job my lecturer fluid mechanic 2 sem lepas..terkenal tuuu.. =) (promote plak)
Lepas tu,hari kitorang balik kelas,aku ajak kawan pergi 7e,beli topup.Tapi kawan aku cakap pergi petronas la,pergi isi minyak moto sekali,balik je,tayar pancit..goyang moto,macam ala-ala alat senaman yang vibrate tu..haha.kau bajet lemak kau pecah lepas tu kau silap.atau,mungkin.haha.
Kami pun berjalan la,tolak moto pergi bengkel..tengah panas pulak tu.. Kawan aku tak habis-habis cakap salah dia,kesian kat ini,kalau dengar cakap ini pergi 7e mungkin tak jadi camnie,minta maaf..banyak kali tau..huhu..
Allah aiii..Kau dah kurniakan kawan yang cukup baik,rajin, kat aku,terharu pulak..T_T
U know what,bukan salah dia,Allah yang izin kitorang pergi tempat lain,Allah sedang menguji kesabaran,mungkin Allah nak uji kita sama ada kita redha atau kita pertikai..bukannya kitorang sakit ke,luka ke,Alhamdulillah,syukur di situ.
Dan dari atas aku bercerita nampak macam minggu nie malang gilee dalam hidup aku..kan?
Tak.salah.
Minggu nie sebenarnya bernasib baik sangat,rasa sangat Allah jaga,Allah lindungi kami daripada musibah yang lebih teruk..Allah ada.
Dia letak kami dalam bahaya untuk menguji,tapi Dia sebaik-baik Penyelamat.. =')
Di sebalik kesusahan ada kemudahan..ingat!!
Jangan pertikai atau kecewa,cari hikmah disebalik ujian..Allah ada..
Entah apa yang akan diuji esok untuk kita..semoga diri kita lebih kuat,lebih redha..Amin.
Thank you for selongkar my blog and good day!!
^_^
Alhamdulillah,INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka..jemput visit and like ye..sokongan anda amat dihargai dan yang banyak doakan terima kasih sangat-sangat,terharu sampai ada yang mesej doakan semoga Ini jadi wanita solehah..T_T..baik sungguh.. semuanya Ini doakan dipermudahkan urusan oleh ALLAH & diberi kejayaan juga,dunia akhirat..=)
Terbaru stok JUBAH ARAB march 2014 daripada DUBAI..
Boleh tengok kat page ok...=)
Wednesday, 26 February 2014
Cara membezakan madu asli dengan tiruan
Assalamualaikum..^_^
Honey...
Madu tu sedap kan? Ada orang tak suka sebab manis sangat..Aku pun tak suka makan madu dulu sebab manis sangat sampai mak paksa tau waktu kecil,mak letak atas sudu telan macam tu je...tapi rupa-rupanya ada cara nak makan madu tu dengan betul dan sedap..Banyak je cara nak makan madu nie,tapi ada orang pernah share satu cara yang di katakan paling baik untuk makan madu..Aku pernah share cara makan madu nie sebelum nie kan? kalau belum baca klik sini.
Setahu aku, bila kita makan madu nie ,kalau tiba-tiba dada kita rasa panas..itu adalah disebabkan proses mencuci paru-paru dan bahagian dada la...
Aku pasti ramai yang dah tahu khasiatnya yang banyak gilee!! Kalau tak takkan la tergolong dalam kalangan makanan terbaik di muka bumi ini,dalam Al-quran pun disebut-sebut dan jadi amalan Rasulullah SAW malah baginda promote pulak kat kita...Merawat dan mencegah pelbagai penyakit...Subhanallah!
Tapi madu nie boleh memudaratkan kalau tak asli,tiruan!
Ada yang dicampur dengan gula,ada dicampur dengan gula melaka atau nisan(panggilan Tganu) pastu peniaga menipu pulak tu.
Kadang-kadang terfikir jugak,macam mana kalau orang diabetis atau berpenyakit kronik makan madu tiruan nie,boleh tenat tau!
Kite sakit hati sebab kite pun pernah kena tipu..T_T Kite tahu la madu nie susah nak cari..
Sebab tu adalah bijak untuk menjadi manusia dan pengguna yang bijaksana dengan mengetahui bagaimana nak kenalpasti madu itu betul-betul asli atau tiruan.
1.Madu asli takkan beku. Jadi letak madu dalam peti ais sehari, tengok beku ke tidak. (kalau peniaga cakap jangan letak dalam peti ais tu kita patut ragu-ragu)
2. Madu asli akan terbakar apabila kena api. Cara test, renyukkan surat khabar dan celup dalam madu, pastu bakar bahagian yang ada madu.. Kalau betul madu asli, api akan terus menyala, kalau tak, api akan mati.
3.Madu asli keligatannya sangat tinggi, cuba tuang,kalau madu asli dia takkan putus sepanjang kita tuang,tak putus..Kalau putus-putus tu sah-sah la palsu.
4. Apabila campurkan madu asli dengan telur,telur kuning akan masak dengan sendirinya disebabkan keaktifan enzim-enzimnya.5. Ada jenis semut makan madu asli, jadi test berdasarkan semut tidak begitu tepat untuk tengok sama ada madu itu dicampur atau tidak, jadi lebih baik gunakan test yang lain.
Jadi test madu anda. kalau kat kampung ada orang jual madu,diorang akan suruh test kat tempat tu jugak sebelum beli sebab orang kampung ramai yang tahu cara test madu nie,ayah kite pun pernah bakar madu dengan surat khabar siap cerita lagi pasal madu asli nie..
Tapi sekarang susah nak dapat yang betul-betul original dan berkualiti,sampai ada yang masuk hutan sendiri.
Macam aku nie memang perlu sangat madu nak rawat resdung. aku jenis tak makan ubat,makan benda-benda semula jadi je,jadi balik kampung hari tu suruh mak carikan,mak cakap sekarang hujan,susah nak dapat,orang yang boleh cari pun sikit sangat...T_T
Thank you for selongkar my blog and good day!
Subscribe to:
Posts (Atom)