click this cute!

Thursday, 3 March 2016

Kenapa Yakult wajib ada kat rumah


Assalamualaikum!!

Nie aku nak share dengan korang kenapa bagi aku Yakult nie bagus gilerrr
 (mengikut pengalaman aku)
untuk orang dewasa macam aku, kau dan kita..hehe!

Baik kau baca sampai habis, mana tau nanti aku belanja sebotol..heeee... 

Dua hari lepas aku makan Cendol. Lepas tu aku sakit perut. Tak tahu la sebab Cendol ke sebab Beruang. So, aku cepat-cepat buka peti ais, cari Yakult, nak minum. yelaah takkan cari Yakult nak buang pulak. =_='

Sebenarnya benda nie dah jadi habit, bila perut tak selesa sikit,
 mesti cepat-cepat minum Yakult pasal aku takut giler kalau kena cirit.. hehe.
 :
Jangan fitnah aku minum sebab aku peminat setia Scha Alyahya eh! lempang kang!

So, aku dah standby dah satu paket yakult dalam peti ais tau setiap waktu setiap masa.
Dulu aku ingat yakult nie entah apa-apa la.. minuman budak kecik. omaigoddd!!

 Memang la ada tulis Everyone, Everyday..sape yang perasan? sape yang teliti sangat tu???
 aku pun tak perasan..

Citenya begini..
Satu hari tu aku sakit perut sebab salah makan ke apa entah, 2, 3 hari gak la..Bayangkan betapa gelapnya dunia ini kurasakan.. T_T
Lepas tu aku terbaca la satu artikel pasal yakult nie. Sebenarnya Yakult nie bukan untuk bebudak je, Badak macam kite kau pun boleh minum! hehe.

Korang nak tahu tak lepas aku minum Yakult hari tu, perut aku lega giler, sejuk dan selesa!! hihihi..macam iklan pampers pulak dah.
.aku mula menyedari bahawa AKU PATUT BUAT KAU JADI SPAREPART HIDUP aku la YAKULT.

Kenapa?

Kuk (nama manja Yakult, lenguh nak tulis nama dia nie haiiihhhh!!) sebenarnya boleh merawat cirit birit dan sembelit. Kalau nak tahu Kuk banyak disediakan untuk pesakit-pesakit yang menghidap penyakit berkaitan perut di hospital luar negara,
 kalau tak silap kat China.

Waktu aku beli sebotol Yakult berharga RM1.20, abang 7e tu tanya aku, 

"Dik, cukup ke minum air kecik tuuuu..hihi"

Pastu aku hentak botol Yakult atas meja dan berkata,

"Abang 7e!!! abang 7e tau tak dalam botol pendek macam abang nie mengandungi 30 billion bakteria Lactobacillus casei Shirota strain yang kuat iman dan baik hati macam saya dan mampu melawan bakteria-bakteria jahat macam abang yang dah beberapa hari menyeksa perut saya." 
(asal baik je aku, asal jahat je ekaww)

hahaha.. takde lerr nak jawab eksklusif sangat..
paling tak sangkut kat ayat "bakteria Lacto..lacto...lantak kau la bang!!!"
 letak yakult, pastu blaaaa.. malu sangatttt la kalau jadi macam tu, 7 keturunan aku haramkan pergi 7e lepas tuuu...tu pun kalau abang tu keje lagi la kat situ la kan. =P

Jadi 30 billion tu tersangat la cukup, dan aku cuma nak cakap kat sini yang semakin kita bertambah umur makin berkurang la bakteria baik dalam badan kita dan thats why pentingnya kita yang makin hari makin tua nie untuk minum Yakult. 
(hey jap, dah-dah la tu nyanyi lagu yakult, yakult..ingat aku tak tau!) 

Bagus sangat sebab dia takde pewarna mahupun pengawet..tak mahu..tak mahu!

Dan kalau kau rasa dalam 30 Billion tu ada sebahagiannya adalah jenis yang takde function, macam kau waktu buat study group, kau silap! sebab bakteria-bakteria nie akan membantu mengawal keseimbangan jumlah bakteria dalam usus kita kasi normal je.. takde la kau kena penyakit overdose bakteria.

Nie hafal kelebihan Yakult yang lain, nanti masuk soalan dalam paper sejarah, boleh tulis jawapan nie..

1. Baik untuk penghadaman dan memastikan perut sangat selesa! =D
2. Kurangkan perut kembung seperti BIG HERO 6! 
3. Meningkatkan sistem imunisasi badan dan kekebalan tubuh tapi kalau kena peluru sakit jugak!
4. Mencegah penyakit kronis!
 hah..nak apa lagi?

Okay la, kalau taknak kena cirit birit atau dah kena tapi masih tak dapat sinar petunjuk lagi, apakata minum Yakult tuuu...InsyaAllah baik la nanti!
Eh, tapi ingat minum lepas makan tau sebab bakteria nie tak mampu bertahan dengan asid perut. Cuma beberapa ribu je yang mampu sampai ke usus kalau kita minum sebelum makan..kesian kat bakteria tu, mati dalam iman..jangan kejam okay! makan dulu tau bagi asid kurang sikit! =)



Okay, lepas dah dapat kesedaran mengenai yakult, nasihat aku kalau adik-adik tengah minum Yakult boleh la start rampas cara halus tapi menusuk,

"Adik, dalam Yakult nie ada 30 Billion bakteria, nanti bakteria merayap keluar ikut hidung camne?'
Kalau adik kau bijak dia lari baling yakult sambil jerit..

Kalau dapat adik "Bakteria tu apa?"
lama lagi la rezeki kau.. *_*


Thank you for selongkar my blog and good day!

Maaf. botol dah buang tak sempat nak belanja sebotol. =P





Friday, 12 February 2016

Cara upload gambar ke instagram melalui laptop or PC


Assalamualaikum kawan-kawan!

Follow the instruction below..do not fill in the blank because this is not grammather kau nyeee exercise..yeeehaaa!!

Step 1: Daftar instagram dulu, kalau takde insta macam mana nak upload gambar, ingat gambar tu boleh terapung di awangan? kau ingat nie cinta? hihihi...

Step 2: Click SINI dan download application Gramblr nie. Click je kotak biru atau coklat yang sesuai dengan laptop kita.. kalau ahli mesyuarat tingkap tu, download tingkap je laaa..

Step 3: Bila dah download, silalah install. jemput-jemput.. =) Click file dia tu..

Step 4:  Bila install dah siap, nanti keluar terus macam gambar di bawah, isi borang nie..nie bukan borang BRIM tau!

Step 5: kalau tak keluar terus, boleh tengok kat window tu, click kat application Gamblr, lepas tu buat shortcut siap-siap, kan senang..


Step 6: Dah dapat buka, upload la gambar! yeay!! kalau tak dapat upload, upload sekali lagi sebab kadang-kadang dia hang jugak.. atau mungkin kau punya gambar berat ke..

Step 7: Syok-syok upload gambar tu, sebelum upload jangan lupa check aurat sendiri dan aurat kawan-kawan juga ok! tak pasal-pasal dapat dosa free sepanjang hidup dan waktu dah masuk kubur selagi dilihat bukan mahram! scary.. =)

Selamat mencuba!
Thank for selongkar my blog and good day!

Friday, 18 December 2015

Kolam Air Panas Ulu Legong

Assalamualaikum..! =)

Ini rasa macam rindu pulak kat Family kakak.. terutama anak saudara tersayang..si Iqbaal Arshad! =')
 
Hari tu ada pergi spend time kat umah kakak.
Abang ipar bawa kami pergi mandi kat kolam air panas pulakk dahhh..aku suka sangat sebab bestttt!!!
Pasal aku suka bab-bab air nie..tengok orrrang la..mandi dalam bilik air pun lama macam apa, bukan buat apa pun..snorkeling je puunnnn..hahahaaa.. canggih kau!

Kolam Air Panas Ulu Legong nie kat Kedah..ke arah Baling gitu tempat dia..google la erk kalau nak tahu tempat tu..aku bukan reti bahagian jalan-jalan nie..yang aku ingat jalannya berliku-liku dan pening serta gelap dan masuk hutan..seram..eee... (@_@)

Tu nasib baik kenal lagi hutan. Kalau tak, apa pun tak taaauuu! hwahwaahhaaaa...

Aku pergi nie weekdays, so, parking pun tak penuh..maksudnyaaaaaaaa... Tempat ini aku yang PUNYAAAAA!! Bukan Ahmad Albab!..Yeay!!
Kalau weekend kakak aku cakap ramai orang..jadi aku rasa agak insecure la kalau datang waktu tu..sebab kemungkinan untuk aku berada di dasar kolam akibat dipijak oleh manusia-manusia seperjuangan yang lain adalah sangat tinggi..hahaa..

Kami pergi waktu malam..ada ke orang nak mandi kolam air panas waktu siang?? apa??
Dalam pukul 12,1 pagi gak la kami sampai.. Jangan lupa bawa sweater ye! 
Sebab bila duk dalam kolam memang panas..bila dah naik atas, sejuk giler..nak lagi waktu pagi gitu.. Tak ke ber'ais hidung tuu..

Aku percaya la nie antara tempat yang paling puas hati untuk berekreasi..Harga tiket masuk kolam air panas ulu legong nie tak sampai RM10 untuk dewasa kalau tak silap..


Selamat datang!!! =)
Pertama, kat sini ada jual macam-macam makanan! Kat dalam sana pun ada je restaurant dan kedai runcit kecik-kecik kiut miutt awww awww gitu.. Aku yakin datang sini mesti beli gak makanan. Sebab lepas mandi laparrr gilerrr bohhhh! >_<

Kalau nak tahu kat sini banyak kolam dan besar tempatnya.. setiap kolam tu ada suhu kepanasan tersendiri..


Kolam kanak-kanak.. aku pun main kat sini..haha..perasan budak tecik sangat!


Pastu baru pergi kolam besar..
tapi sebenarnya ulang alik gak..kan aku cakap tempat nie aku yang punya..aku nak try semua..

Nie la kolam tempat orang dewasa kebanyakannya sebab lagi panas tapi aku tengok budak-budak sekolah rendah pun ada gak berenang kat sini..malu i yang buat-buat gerakkan kaki tapi pegang kat tepi nieee..haha

Kolam yang ada lelaki pakai baju biru tu panas sangat tapi boleh tahan lagi.
kolam tempat aku ambik gambar nie pulak takde orang mandi atau even letak kaki sebab berasap-asap tau.. haa..tak tahu la..agak-agak kalau berani sangat buat dosa tu terjun dalam kolam nie, insaf tak? haha..

Kolam nie bapakkkk luass...Bayangkan kat sini aku berenang kuak lentang, gaya kupu-kupu, gaya ikan dugong.. fuyooo!! =P

Dan nak best lagi, bila datang sini bawa la tikar ke, khemah ke sekali dengan selimut, bantal, katil, almari kasut, sebabnya takkan datang nak main kejap je..sejuk-sejuk gitu dah dapat makan, boleh la rehat, tidur.. 


Aku prefer khemah la sebab tertutup kalau untuk perempuan nak tidur kan..


Belakang tu khemah kami.. =) tapi aku tak tidur pun..aku syok main air dan makan! haha
Anak saudara aku suka sangat air, kaki terus kayuh kalau jumpa air. Bakat terpendam. Jadi
balik kampung nanti, nak bawa anak saudara aku pergi sungai la naik perahu ikat dia kat belakang, terus gerak, tak payah guna pengayuh..kan? =D

PANG! 
*kena lempang dengan kakak.

insaf. Taknak kawan dengan Iqbaal lagi. T_T


Tempat nie best sebab 
1. Tempat besar dan luas jadi aku rasa lebih bebas bergerak ke mana-mana..Kat sini air dia mengalir. Jangan takut la gatal-gatal kulit. Aku pernah pergi kolam air panas lain tapi kecik dan rasa sangat berkongsi air dengan orang..ee..geli sangat, taknak pergi dah..

2. Kedua, kawasan dia sangat-sangat bersih.

3. Toilet dia kemas lagi bersih..selesa sangat! nak mandi pun tak rasa segannnn

Lepas berendam, kita akan rasa sangat best, seperti diurut-urut, mungkin sebab aliran darah kite lancar.
Kalau ada penyakit kulit pergi berendam kat dalam kolam yang panas tu, insyaAllah baik. InsyaAllah tak berjangkit kat orang yang guna kolam yang sama sebab bakteria mana tahan suhu tinggi. Lepas aku main air berjam-jam dan balik takde pulak gatal-gatal atau tanda kemerahan padahal kulit aku jenis sensitif. Biasa kalau orang lain tak kena apa-apa, aku kena dulu. damn. hahaha. Tapi Alhamdulillah everything just fine! Lepas nie boleh pergi lagi! =D


Aku main kat air cetek-cetek je sebab tak pandai berenang..Dah la tak tahu berenang, tengok air keroh paranoid, pergi pantai suka sangat tapi tu pun main celah gigi pantai je, gusi pun takut!.. i dont know what kind of "suka air" mean to me laaa.. =_=" tu yang jadi snorkeling dalam bilik air sendiri..hahaa..safe and sound. Bila bunyi macam hantu terus mandi laju-laju! hihi 


Thank you for selongkar my blog and good day!