click this cute!

Wednesday 6 November 2013

Cara-cara siang ketam dengan mudah


Assalamualaikum!! ^^

Suka tak makan ketam? Dulu Ini pernah suruh Ma beli buat pertama kalinya waktu kecik,mashaAllah teruk sangat rasa isi ketam nie...tak suka,tak suka,tak suka!!

Tapi bila masuk universiti,tetiba jumpa kawan,rezeki Ini waktu tu ,dia bawa balik ketam masak merah kot,lupa dah..mak dia masak...SubhanAllah..sedap giler..lepas tu bila keluar selalu jugak Ini beli lauk ketam..

Baru sekarang Ini tahu,ketam tu sedap sangat sebenarnya,cuma waktu Ma Ini beli tu mungkin isi dia buruk..tak segar tau..sebab Ini pernah beli kat satu kedai nie sedap sangat,kali kedua beli,uweeekkkk,rasa macam waktu kecik dulu..bukan salah orang yang memasak,tapi salah ketam yang tak segar..hihihi

Lepas tu kalau nak beli,memang Ini tawakal habis la,kalau sedap tu heaven laH!!!!
mahal tapi berbaloi.

Kalau seekor atau separuh boleh cecah nak dekat RM10,ketam kecik je,isi pun boleh lekat celah gigi...hahahahakkss!!

hehe..kite mengidam nak makan ketam,so,instead of beli yang dah masak,kita beli untuk masak sendiri..
nanti boleh selalu masak...
resepi tak cari lagi,nanti la kite google..tapi sekarang kita nak tunjuk cara-cara nak siang ketam..lepas nie boleh la korang try pulak..hihihi..saya pun budak baru belajar...=)
InsyaAllah,mudah aje..

Bila buat ketam duduk macam nie,risau pulak dia berlari cepat-cepat masuk dalam lubang bilik air..kempunan kite..kahkahkah..
Takpe,dah mati nie..hihi


1.Pusing ketam macam nie,
nie ketam perempuan..kalau lelaki,bahagian bawah tu lebih kecil dan tak melebar..

2.Tarik benda bawah tu,pastu pusing ketam ke atas,
tarik dengan cengkerang atas sekali sebab dia memang bersambung..macam gambar kat bawah,

3.Buang semua perut dia tu termasuk lendir segala,


4.Cabut insang dia semua kiri dan kanan (ada orang tak cabut,terpulang)

5.Bersihkan semua sampai jadi macam gambar dia atas

6.Pisahkan dia punya external calliper(nama apa entah tangan dia yang paling besar kat atas tu)


7.Potong bahagian hujung penyepit dia,supaya senang nak makan nanti. 


8.Potong duri macam dalam gambar,kan ada pulak mulut berdarah masa makan terutama budak-budak..
9.Ketuk sedikit bahagian nie bagi pecah supaya senang nak buka masa makan nanti


 10.Potong hujung kaki-kaki ketam tu sebab kat situ tak ada isi pun,lagi mudah nak makan dan potong bahagian tengah tu kalau nak..terpulang..

Dah siap,cuci bersih-bersih,boleh masak,dan makan!! =)


Thank you for selongkar my blog and selamat mencuba!!! hihi

Alhamdulillah INI_EMPIRE CLOTHING kini dibuka






11 comments:

  1. wahhhh . hebat lahh cousin sy nie . haha

    ReplyDelete
  2. haha..x r,kite pun bru blajar..hihi

    ReplyDelete
  3. Tqsm ye...saya pun nak msk ketam nih..dok goggle cari cara nak siang ketam..lucky jumpa kat sini...terima kasih sangat..

    ReplyDelete
  4. Salam.. Haha, tau tak ketam ni fav LM tau. Mmg ank2 pun suka. Dulu kecik susah nk mkn ketam. Klu ada pun jarang sgt dpt mkn. Tp bila dah besar sikit tu jika beli mak LM ajarlah cara nk bersihkan ketam. Alkisah..aritu ank LM sibuk merengek2 nk ketam kat kedai mkn. Dah la ckp kuat, tarik muka hentak2 kaki lagi. LM tgk elok je ada cengkerang dia ketam tu. lengkap ada mata semua.euww dah terbayang yg tak buang taik dan segala perut dlm tu. di tegah x bg beli nk jugak. Org dah pandang2.agaknya dorang fikir kita x bg sbb mahal kot? Last2 mls nk bising bg jelah ambik. Bila smpi kat meja terus LM tunjuk.. Ni taik ketam.. Ummi tak bg td sbb org ni x buang taik dia.


    ReplyDelete
  5. Oh yeke..macam mana dia boleh masak seketul macam tu..dalam dia lendir banyak..ee..kalau saya pun tak sanggup nk beli jugak...huhu..kadang-kadang kena buat sndiri baru tenang hati nak makan.. =)

    ReplyDelete
  6. TQ for the very useful info.. lepas nie dah boleh masak ketam sendiri daa.. sebelum nie tahu makan jee.. hihi :)

    ReplyDelete
  7. thanx for the info..
    dah umor 30 thn baru nk belajar cuci ketam..hehehe
    slalu tu balik order kat mak je..then jadi co-chef kat dapur LOL
    ni dah kawen, hambek ko!

    ReplyDelete
  8. Terima kasih banyak2... saya pertama kali nk masak ketam.. memula susah hati sbb x tau nak siang ketam... nasib baik jumpe blog ni kat google

    ReplyDelete
  9. assslmkm
    saya minta izin copy artikel bg tjuan pmbelajaran
    trima kasih
    sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  10. Tq sis...da 2 kali husbsnd request suh msak ketam...tp sebab gara2 x pandai nk siang ketam do x brli n masak pn utk die...kesian plak rasa...

    ReplyDelete