click this cute!

Wednesday 11 December 2013

Loving one

Assalamualaikum..

Marah betul kite rasa, hujung minggu macam biasa kite keluar,beli barang dapur kat Mydin tau..

perkara yang membengangkan kite adalah

bila ada seorang lelaki tu potong barisan aku masa nak timbang,kau letak ayam kat depan ayam aku ape hal?? memang kau dapat dulu la,tahu la kau punya tangan panjangggggggggg...!!!! nasib baik kau tak hensem,nasib baik kau tak hensem,nasib baik kau tak hensem....! 3 kali kena sumpah tak hensem..hahahakkksss(gelak jahat) tu dah kira baik aku tak lempang pakai tangan ayam!

hihikkksss,kelakar pulak..tangan ayam? hihikkssss...

Emm, waktu kite beratur nak bayar,kite nampak ada mak dengan anak dia,kecik sangat,




mungkin satu tahun,macam baru pandai jalan...sedih pulak nak cerita.. Budak kecik tu jalan terkedek-kedek sambil dipimpin mak dia,tetiba tangan budak tu tarik bagasi besar kat tepi dia..gedebumm!!! jatuh beg.

Pang!!

 Mak dia lempang dia,kuat sangat,kuat sangat,tapi dia tak nangis..dia tercengang,look strong..

budak tu nampak macam besar nie la..tapi kurus sikit..
anak pun tengok mak dengan kasih sayang,sampai hati lempang anak macam anak tu patung...T_T

mak dia marah dia kuat tau sampai orang ramai tengok,pakcik kat situ sampai sebut apa ntah,lupa..something like Ya Allah atau Astaghfirullah! macam memahami memang tak patut sangat mak marah anak sampai macam tu sekali.. Aku tengok pun rasa macam nak lempang mak dia dengan tangan aku,bukan tangan ayam lagi..melampau!! >_<

Biasa la budak-budak,mana tahu semua tu,baru nak mengenal dunia..lagi-lagi budak sekecil itu...mana faham kan..

kalau kau nak cakap dengan aku itu cara kau ajar anak,pandainya kau,lembu pun ajar anak,usap-usap lagi...padahal takde akal.

Gerammmnya,gerammmmmnya!!!

Tak boleh ke just angkat anak,letak je beg tu tempat asal pastu bla..orang sekeliling pun faham la yang anak tu budak-budak.!

kesian anak.kesian..T_T

Jangan sesekali berkasar dengan bebudak kawan-kawan,kulit dia dah la halus,kesian,sakit..dia tak salah walau apa pun dia buat..kita yang besar kan dah boleh fikir,kita yang bagi solution terbaik untuk ajar,bukan main ikut perasaan.. dont.plez.

Ini semua buat aku berkobar-kobar menerokai sunnah Rasulullah dalam mendidik anak sejak kecil,sebab aku percaya yang ISLAM itu sangat laaaaa indah,full with LOVE..
 (kite copy paste dari http://www.excelqhalif.com/ ) bagus giler!! ^^

4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.


2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur diantara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.


3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.


4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat merekaIbubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan




Korang,ada satu lagi perkara yang buat aku terkejut sangat-sangat...


 kan makanan dalam mydin tu kena timbang dan bayar dulu sebelum makan...Tapi sayang,ada beberapa orang yang bukan setakat nak rasa,siap kunyah-kunyah macam nasi lagi sebelum timbang...(kat situ dah ada signboard tak dibenarkan makan) yang paling menyedihkan..mereka pakai tudung,mereka ibu kepada anak-anak,mereka suapkan makanan tu dalam mulut anak..

even dia pergi timbang pun,dia bayar yang tu je laaa..yang dah ada dalam perut tu bukannya penimbang boleh kira!!

sanggupnya ibu..sanggupnya..T_T
Tidakkah makanan tu jadi haram? bagi anak makan,anak dah la suci bersih,mak ayah pulak cemari diorang dengan makanan haram..jadi darah daging..

Sad a lot.

ilmu susah nak masuk,hati mudah rosak,susah nak terima kebenaran,mudah terpengaruh dengan benda tak baik,akhlak pun boleh rosak..Mak ayah cakap pun anak susah nak taat..kan? Masha Allah,dasyat sangat kesannya..=(

Ma aku sejak kecik lagi,bila aku cakap"Ma,tadi Ini jumpa duit tepi jalan waktu balik sekolah...."
Belum habis cakap lagi,Ma aku dah buat muka serius giler kot,"Ini ambik ke? kan ma dah cakap jangan ambik bukan kita punya,jadi darah daging,kotor darah!!!!" Punya la serius ma aku tekankan hal nie..

Sebenarnya nak cite jumpa je,tak ambik pun.. sebab memang ingat sangat mak pesan macam tu selalu..jadi berhati-hati..

I learned from the people around me,i learned a lot guys,please take this as a lesson..

Mungkin kita pun akan jadi macam tu kalau Allah izin...sebab tu kita kena selalu doa,mintak pertolongan Allah supaya kita tak buat perkara yang sama..Semoga Allah lindungi kita and our children my dear..our descendant =')


Thank you for selongkar my blog and good dayyyyyyy... =)

1 comment:

  1. ha ah. ada gak nampak ibu2 yg cmtu. x kira bangsa, sama je. dia lalu tmpt yg biskut2 ke gula2 ke jajan2 timbang tu, dia amik satu bg anak dia mkn. pastu budak tu nak lg, dia g amik lg n bg anak dia mkn lg. tu dh kira burn je la dlm pewot kan.

    ReplyDelete